MENYELAMATKAN DIRI

[Image: pinterest]

Aku harus menulis, untuk kekal mengasihi hidup aku harus.

Kau takkan pernah mengjangkakan kehidupan yang teruji, bukan?

Di hari semalam, hari ini yang kau bayangkan ialah hari yang mengujakan, manis, dipenuhi kasih sayang, kejayaan dan kehidupan yang lapang.

Tapi begitu janji Tuhan, tak ada yang tak teruji kerana hakikat yang kita lupa, seluruh hidup ini pinjaman dan ujian cuma.

Kau akan merasai pahit yang membuat matamu basah semalaman, dan hatimu akan dilitup gundah dan sayu.

Kau melihat awan dan kau merasa sendiri.

Hari2 ini akan membuatkan kau tertunduk, duduk dan menangis.

Air mata percuma

Tapi kau harus ingat–

Tidak ada yang kekal kecuali Tuhan.

Bagaimana gembira berganti pahit, yang perit juga akan berlalu.

Matahari akan tetap terbit, dan kau harus bersedia meninggalkan gelap semalam demi meraikan cahaya.

Tak ada yang mampu diubah lagi tentang hari lalu.

Hiduplah hari yang masih diberi, tanamkan hasil yang baik2.

Semoga esok sampai hari menuai, kita peroleh kekayaan abadi.

Sunyi, pergilah.

Advertisements

KELABU

Langit kelabu,

Sesuram hati aku.

Setelah tiga belas bulan, kau fikir kau tak akan sesak mengenangnya lagi.

Tapi hari ini, kau harus memujuk diri dan menepuk bahu sendiri.

Jika kau tanyakan tentang hatiku, dan bagaimana keberadaannya, aku cuma mampu membalas–

Ia tak sama lagi.

Kehilangan, akan membawa bersama sebahagian hatimu tujuh kaki ke dalam bumi.

Bagaimana kau cuba untuk membuktikan yang kau kuat dan mampu menerus hidup dan dengan izinNya kau diberi daya,

hati kau takkan serupa lagi.

Kita tahu kita akan pergi jua,

dan bukanlah aku menangis kerana marahkan takdir yang tertulis oleh Yang Agung,

aku cuma rindu..

Kalaupun kau tidak mengenal sunyi ini, jangan diajuk hitam kelopak mataku.

Kelak kau jua akan merasai rindu begini, dan ketika itu, kau akan memandang mataku dan akhirnya– kau akan mengerti.

[Ihsan gambar: pinterest]